CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 22, 2013

AJAR ANAK MEMBACA KAEDAH GLENN DOMAN

Kaedah ini adalah kaedah yang diajarkan oleh Glenn Doman dan Janet Doman. Kaedah menggunakan Flash Card ini sangat berkesan sekiranya ibu bapa betul-betul faham fitrah anaknya. 

Ibu adalah GURU TERBAIK bagi anak.

Biarkan Anak Belajar

Anak dilahirkan dengan fitrah gemar belajar. Cuma kadang-kadang ibu bapa salah dalam mentafsir. Bayi kecil dikatakan tidak memahami sebarang perbuatan dan percakapan sedangkan mereka merekod segala percakapan dan tindakan kita. Kadang kala kita lebih suka mengendong bayi atau mendukung bayi daripada diletakkannya di atas lantai (permukaan lembut). 

Tahukah anda bayi akan lebih berkembang pesat baik dari segi fizikal, mental, visual dan juga IQnya sekiranya ia dibiarkan di atas lantai sahaja? Inilah yang menyusahkah ibu bapa bukan? Jika dibiarkan di atas lantai, khuatir kesihatannya, jika dibiarkannya meneroka, rosaklah barangan kita. Kemudian, apa yang ingin dilakukan bayi, seringkali dihalang dan kadang-kadang dimarahi.

Cuba lihat ketika anak masih dalam kandungan? Menendang, menumbuk, bergerak dengan bebas tanpa halangan dari sesiapa. Itu adalah fitrah seorang bayi. Ingin belajar dan mereka akan terus berkembang dengan pesat.

Setiap orang perlu bersenam. Bayi lebih memerlukannya. Bagi membina otot-otot dan juga merangsang saraf-saraf, bayi perlu bergerak dengan kadar optimum. Oleh sebab itu, bayi menyusur, kemudian merangkak. Tahap-tahap ini mampu mengoptimumkan kadar perkembangan bayi anda.

Cuba anda fikirkan, ketika bayi sedang merangkak. Apakah yang mereka dapat? Menganggar jarak, berapa langkah lagi akan sampai di meja tersebut, menajamkan penglihatan, berfikir arah perjalanan, selain itu mampu menguatkan otot tangan, kaki dan dada. Segala proses ini sangat penting sehingga, pakar kanak-kanak menolak penggunaan “walker”.

Maka, cukuplah lantai, anak dan ibu untuk memulakan aktiviti seawal usia 1 hari. Mungkin sesetengah ibu bapa masih belum biasa dengan meniarapkan bayi seawal 7 hari, ataupun seawal 1 hari. Namun, mengikut
teori Domann, bayi sudah boleh diletakkan dalam keadaan meniarap, hal ini bagi menggalakkan bayi bergerak. Inilah salah satu aktiviti yang boleh dijalankan ketika bayi masih kecil.

Ibu adalah guru terbaik. Siapa yang kenal anak kita ketika dia menangis, siapa yang mampu mendiamkannya? Tiada orang lain yang lebih mengenali waktu mengantuknya melainkan IBUnya sendiri. Jadi, berilah perhatian sebaiknya buat anak-anak. Kerana merekalah asset kita, di dunia mahupun di akhirat. Kerana kita adalah ibu yang prihatin dengan pendidikan anak-anak.

Ajar Anak Membaca - Glenn Doman

Kaedah membaca yang perlu ditempuhi oleh setiap anak adalah sama pada setiap usia.

Tahap 1 

Mula dengan 15 patah perkataan (yang familiar dan digemari oleh bayi)
  1. Hari 1 : 5 perkataan (set 1), imbas dan sebut perkataan yang tertera (3 sesi)
  2. Hari 2 : 5 perkataan (set 2) + (set 1) – 3 sesi
  3. Hari 3 : set1+set2+set3 (3 sesi)
  4. Hari 4 : 2 set SELF words (+set1+set2+set3) – 3 sesi
  5. Hari 5 : Sisihkan satu perkataan dalam Set 1, dan tambahs atu perkataan Set 4
Mula dengan SELF words (Tubuh Badan) – kemudian HOME words (Alat dalam rumah dsb)

(50 patah perkataan termasuk 15 perkataan pertama dalam set 1-2-3)

Tahap 2

Ajar bayi bina 2 perkataan (biar anak yang pasangkan perkataan . Buat pasangan perkataan sebanyak yang mungkin dari perkataan yang bayi dah tahu. (mudahnya, ajar perkataan warna atau sifat – besar, kuat, panjang dsb)

Tahap 3

Ajar frasa. Tambah 1 perkataan “perbuatan” pada 2 perkataan (tadi) membentuk satu ayat ringkas. (Ibu saya lompat) – banyak kombinasi perkataan yang dapat dibuat menggunakan 50-70 perkataan tunggal yang bayi tahu.

Tahap 4

Bina ayat

Tahap 5

Buku. Standard buku yang dicadangkan:
  1. Mengandungi 50-100 patah perkataan
  2. Tidak boleh mengandungi lebih daripada satu ayat dalam satu muka surat
  3. Cetakan ketinggiannya mesti tidak kurang daripada 7-8 inci
  4. Teks mesti terasing daripada gambar
    1. Panduan mencipta buku cerita
      • Cipta atau pilih buku yang menggembirakan anak
      • Perkenalkan perkataan-perkataan tunggal yang baru sebelum membaca
      • Pastikan teks besar dan jelas
      • Pastikan anak anda membuka muka surat seterusnya yang mengandungi gambar yang menerangkan tentang ayat sebelumnya.
Pastikan ibu dan anak gembira melalui sesi membaca ini!!!

Nota:
Tips dan kaedah ini adalah merujuk kepada buku-buku yang dikeluarkan oleh Glenn Doman dan Janet Doman. 

No comments:

Post a Comment