CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 23, 2013

Pengulangan dalam Al-Quran

Bila menyebut berkaitan dengan pengulangan , kita boleh kaitkan dengan kaedah yang digunakan oleh Glenn Doman dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sistem kad imbasan yang diulang perkataan tetapi berbeza daripada gambar, bunyi, video dan sebagainya. 

Ini juga boleh dilihat menerusi sistem hafalan Al-Quran dilakukan dengan  ulangan yang berkali-kali sehingga mampu untuk dijiwai oleh kanak-kanak/orang dewasa. Al-Quran sendiri telah mengajar kita bahawa dengan pengulangan mampu untuk diterapkan dalam jiwa setiap individu yang mempelajari dan mengamalnya. 

Mengapa kaedah ini disedari oleh tokoh Barat sehingga kita menjadi takjub dengan penemuannya sedangkan sudah tertulis dalam Al-Quran? Mungkin kita tidak perasan sehingga orang lain yang telah menemui kaedah tersebut. Kadang- kadang terfikir, betapa hebatnya tokoh barat dalam mempengaruhi dunia pendidikan awal kanak-kanak berbanding tokoh Islam sendiri. Mungkin sudah wujud kaedah-kaedah dari tokoh Islam lebih awal berbanding tokoh barat cuma kerana tiada pendedahan maka kita telah assume bahawa tokoh Baratla yang telah mengetengahkan kaedah-kaedah ini.


Hakikatnya, sistem pengulanagn ini sudah lama wujud hatta di dalam Al-Quran sendiri menggunakan kaedah pengulangan. Di dalam bahasa Arab pengulangan disebut " TIKRAR"


TIKRAR berasal dari perkataan KARRA yang bermaksud kembali, mengulangi atau menyambung. Imam Jauhari menegaskan hal yang sama iaitu erti kata KARRA ialah mengulangi suatu hal atau perbuatan tertentu. Dari segi istilah TIKRAR ialah mengulangi satu kata atau perkataan yang sama beberapa kali kerana bebearapa sebab diataranya dengan tujuan penegasan (TAWKID), memberi peringatan atau menggambarkan agungnya sebuah hal tertentu.


Jenis Pengulangan Dalam Al-Quran


1. Pengulangan yang terjadi pada lafaz

Contoh: Lafaz al-jalalah yang disebut dalam surah al-Baqarah ayat 247. Ia diulang lebih dari 2 kali dalam satu ayat atau bahkan 3 kali.Pada ayat lain, lafaz al-Jalalah diulang hingga lima kali pada satu ayat iaitu masih pada surat al-Baqarah ayat 16.

2. Pengulangan pada mode gramatikal bahasa arab (nahu)

Pengulangan pada jenis ini lebih kepada keindahan alunan muzik yang ditimbulkan bukan pada berapa kali diulangnya suatu perkataan. Keindahan ini membuat al-Qur`an begitu indah sehingga jiwa pun rindu untuk selalu mentadaburinya dan juga mudah untuk dihafal. Jenis pengulangan ini boleh dilihat dalam surah Makkiyah yan gmempunyai potongan-potongan surah relatif pendek. Contohnya surah al-Nazi'at ayat 1-5

3. Pengulangan pada perkataan

Jenis pengulangan ini terbahagi kepada 2: 

a. Pengulangan pada perkataan yang berdekatan, ia boleh jelas dilihat di dalam surah al-Rahman, al-Mursalat dan al-Kafirun
b. Pengulangan pada perkataan yang berjauhan. Pada pengulangan ini kembali menunjukkan kepada kita tentang I`jaz Balaghi yang dimilki oleh al-Qur`an. Contoh surah al-Baqarah ayat 49, al-A`raf ayat 141 dan surah Ibrahim ayat 6.

4. Pengulangan tentang kisah al-Qur`an

Contohnya kisah Nabi Musa yang boleh dilihat dalam beberapa surah seperti surah Taha, surah al-Syu`ara, surah al-A`raf, surah al-Isra, surah Yunus, surah al-Nazi`at dan surah al-Dzariyat.


Rahsia Pengulangan Dalam al-Qur`an

  1. Menganjurkan manusia agar mentadabburi al-Qur`an dan seterusnya mengambil ibrah dari pengulangan ayat tersebut. Seperti pada ayat-ayat yang menjelaskan tentang kekuasaan Allah dari penciptaan langit, bumi angkasa raya dan sebagainya. Seperti pada surah al-Syua`ra ayat 8 dan 9 yang diulangi sebanyak lapan kali
  2. Anjuran agar istiqomah.
  3. Pengukuhan kewujudan Allah yang memilki alam semesta. Seperti dalam surathal-Nisa ayat 131 dan 132
  4. Pengkhususan. Seperti pengulangan pada lafaz "manusia" sebanyak dua kali pada surat Ghafir ayat 61. Pemgkususan ini diperuntukan kepada manusia dari makhluk yang lainnya dengan kekufuran mereka pada nikmat-nikmat Allah. 
  5. Celaan. Seperti pengulangan pada ayatفبأي الاء ربكما تكذبان sebanyak 30 kali
  6. Ancaman. Seperti pengulangan ayat (ويل يومئذ للمكذبين) pada surat al-Mursalat

    Pengulangan yang menjadi kebiasaan

    Pembiasaan adalah salah satu cara pendidikan yang sangat penting terutamanya anak-anak yang kecil yang tidak tahu sama ada baik dan buruk sesuatu perkara. Tambahan lagi anak yang kecil belum lagi menguasai ingatan yang kuat. Mereka cepat lupa apa yang sudah dan baru berlaku. Sebagai contoh yang paling mudah, apabila anak-anak yang baru bangun tidur, mereka lupa yang mereka menangis sebelum tidur atau anak-anak lupa yang mereka baru sahaja ditegur dan buat semula apa yang kita suruh untuk tidak membuatnya. Begitula fitrah dunia anak-anak. Oleh itu, ibu bapa boleh menerap perkara-perkara yang baik dengan cara melakukannya secara konsisten seperti dimandikan dan ditidurkan pada waktu tertentu, diberi makan dengan teratur, membaca al-Qur'an, menghafal doa yang pendek dan sebagainya. Perkara yang telah menjadi kebiasaan mereka akan menjadi biasa apabila mereka meningkat usia.

    Dalam hal ini, Abdullah ibni Mas'ud telah menyedari tentang prinsip pengulangan ini terhadap anak-anak, sebagaimana yang diriwayatkan oleh At-Thabrani:

    "Biasakanlah anak-anakmu untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu terbentuk daripada kebiasaan.."

    Oleh itu, kita boleh lihat sabda Nabi Muhammad s.a.w yang memerintahkan anak-anak mengerjakan solat ketika berumur 7 tahun yang bermaksud: " Perintahkanlah anak-anakmu untuk mengerjakan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka tidak mahu melakukan perintah solat ketika mereka berumur sepuluh tahun".

    Jelas disini Rasulullah memperuntukkan 3 tahun untuk ibu bapa memerintahkan anak-anak mereka setiap kali waktu solat: (5 x 365) x 3 = 5475 kali perintah!!!!! Ini merupakan angka yang menunjukkan betapa pentingnya pengulangan dalam memberikan perintah. Boleh jadi anak tidak mahu memenuhi perintah untuk kali pertama, kedua atau ketiga. Oleh sebab itu, memang seharusnya dilakukan pengulangan terus menerus tanpa rasa jemu.

    Sahabat yang mulia, Abdullah bin Mas'ud menyedari prinsip pengulangan perintah terhadap anak. Dalam memberikan pengarahan kepada ibubapa dalam mendidik anak mereka, Ibnu Mas'ud mengatakan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Thabrani:
    "Biasakanlah anak-anakmu untuk melakukan kebaikan kerana kebaikan itu (terbentuk dari) kebiasaan.."

    Untuk menjadikan anak yang terbiasa, peringatan harus dilakukan berulang-ulang. Ini kerana Anas bin Malik menerapkan sunnah Rasulullah s.a.w. Anas pernah melalui anak-anak dan memberikan salam kepada mereka dan berkata, "Rasulullah melakukan hal yang sedemikian." Jika anak itu melihat dan mendengar ucapan salam dari orang dewasa terhadapnya lebih dari sekali, ia akan belajar mengucapkan salam dengan baik dan seterusnya perkara itu akan menjadikan kebiasaannya.

    Menanam kebiasaan bagi anak-anak adalah sangat sukar dan kadang-kadang memakan masa yang lama. Akan tetapi, satu perkara yang perlu kita tahu....sesuatu yang telah menjadi kebiasaan sukar akan berubah. Oleh itu, adalah lebih baik ibu bapa menjaga anak-anak supaya mempunyai perilaku kebiasaan yang baik daripada memiliki tabiat kebiasaan yang tidak baik.

    Untuk membolehkan ia segera tercapai, pembiasaan itu harus memenuhi syarat tertnetu, antaranya seperti berikut:

    1. Mulakanlah pembiasaan itu sebelum terlambat. Ini bagi mengelakkan anak itu mempunyai kebiasaan lain yang berlawanan dengan hal kebiasaan yang baik
    2. Pembiasaan itu hendaklah terus-menerus (berulang-ulang) dan dijalankan secara teratur sehingga akhirnya menjadi suatu kebiasaan. Oleh sebab itu, pengawasan adalah sangat diperlukan.
    3. Pendidikan hendaklah sesuai, bersikap tegas dan tetap teguh terhadap pendirian yang telah diambil. Jangan memberi kesempatan kepada anak untuk melanggar pembiasaan (tabiat yang baik) yang telah diterapkan itu.
    4. Pembiasaan yang mula-mulanya secara paksaan harus bertukar menjadi pembiasaan atas kehendak hati anak itu sendiri (ikhlas)

    Hal ini mungkin berlaku jika dilakukan secara beransur-ansur dengan disertakan penjelasan dan nasihat daripada pendidik sehingga semakin lama timbul pengertian dan pemahaman yang mendalam dalam diri anak. Anak itu sendiri adalah makhluk yang mempunyai kata hati. Hakim meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

    "Ajarkanlah kalimat La ilahaillah kepada anak-anak sebagai kalimah pertama dan bimbingkanlahh mereka mengucapkan la ilaha illalah ketika menjelang kematian."
    Abdurrazaq meriwayatkan bahawa para sahabat mengajarkan anak mereka dengan kalimah la ilaha illalah ini sebagai kalimah yang pertama boleh mereka ucapkan secara fasih sebnayak 7 kali sehingga kalimat ini menjadi kalimah ini menjadi kalimah pertama yang mereka ucapkan. Ibnu Qayyim dalam kitabnya Ahkamul al-Maulud mengatakan " sewaktu anak-anak sudah boleh bercakap, ajarkalah mereka kalimah la ilaha illalaah muhammadur rasulullah dan kalimah tauhid yang lain seperti bacaan selawat, tasbih, tahmid dan doa-doa pendek."

    Begitulah sejarah membuktikan pengaruh pembiasaan itu sangat besar dalam pendidikan anak-anak. Kita sebagai ibubapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembiasaan yang baik menjadi rutin kepada mereka sehingga mereka besar kelak, hakikatnya..ia bukan sesuatu yang mudah..tetapi usaha, pengharapan yang berterusan itu mampu mengangkat darjat mereka sebagai anak yang soleh dan solehah...;)

    Petikan ini telah diadaptasi daripada buku Nasiruddin S.Ag., MM

    Lantaran itu, prinsip ini telah dibuktikan dengan teori Glenn Domaan dimana perkataan yang ditunjukkan kepada bayi secara berulang-ulang mampu memberi reaksi positif kepada bayi dan mampu membaca dalam usia yang awal.

    No comments:

    Post a Comment